Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil2)
Beras-2 pot (kalau guna beras siam atau beras wangi kurengg sedap)
Bawang besar- 2 biji
Bawang putih-12 biji
Halia- 1 ketul sebesar ibu jari orang dewasa
Bunga lawang- 4 kuntum
Bunga cengkih-4 kuntum
Kayu manis-2 batang
Buah pelaga-4 biji
Sup bunjut-1 bunjut (kalau suka boleh tambah rempah sup)
Daun pandan-2 helai
Cili api-segenggam
Kicap-setengah secawan
Cuka-sesudu
Gula pasir- 6 sudu besar
Sos tomato-setengah cawan
Sos cili-setengah cawan
Air masak -setengah cawan
Timun-1 biji
Tomato-1 biji
Daun Salad-suka hati nak banyak mana pun
Sos tiram-setengah cawan
Kunyit-3 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak
(pastu korang bersih2 kanle bahan2 tu ye, ayam tu potong kecik2 dan buang kulit serta lemaknya, bawang merah, bawang putih dan halia kasik ricih2, tomato dan timun)
Seterusnya cara2nyalah:
a: Masak nasi ayam
Kalau nak senang, ambil le ayam dalam 6 ketul masukkan dalam periuk yang telah berisi separuh air dan rebus. Pastu ambil periuk nasi letak kat atas dapur gas (pasang le api) letak minyak dalam 4-5 sudu. Bila minyak dah panas masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang telah diricih2, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan pelaga (separuh lagi simpan untuk buat sup tau). Tunggu hingga kekuningan. Sementara nak tunggu kekuningan tu, basuh le beras tadi dan toskan. Bila dah bahan2 tadi kekuningan, masukkan beras tadi tu dan masukkan juga 2 gelas/mug air rebusan ayam tadi bersama-sama dengan 2 helai daun panda. Pastu bila ala2 nak menggelegak angkat periuk tu dan letak kat atas dapur karen (rice cooker; jangan lupa on kan power), masukkan garam dalam 3 sudu kecil garam, kacau perlahan dan baca selawat serta surat Al-Insyirah, pastu tutup le periuk nasi ngan periuk nya..jenguk2 le periuk tu..kalau airnya dah macam kurang masukkan lagi air rebusan dalam 1 mug lagi..sampai le dah cukup masak..
d: Kuah kicap
f: Ayam goreng JLo
SELAMAT MENCUBA!!
(Resepi seterusnya selepas ini ialah Lala Masak Gumbira!!)
pergh...meleleh air liur tengok resepi ni.lagi tgh lapar cenggini kan.....cam senang je nak buat tapi takut x sedaplah pulek.....rahsia ni, tak pernah masak nasik ayam kak oi....
ReplyDelete