Saturday, May 30, 2009

Lala Masak Gumbira!!

Ramuan ini adalah untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak2..so pepandai le korang adjust..


Bahan2nya:
Lala- 1 kg
Serai-2 batang
Daun kunyit-2 helai
Bawang besar-1/2 biji
Bawang putih-2 ulas
Cili merah-2 biji
Cili api-10 biji
Halia-1 ketul (sebesar ibu jari)
Garam dan gula-secukup rasa


(Lala kasik basuh maaa..)

Cara2nya ialah:
Serai dibelah dua. Daun kunyit dikat, bawang besar, bawang kecil dan halia dihiris. Cili merah di belah tengah (terbelah 2). Masukkan lala dalam kuali dan letak air (1/4 dari kuali).(Air lala akan keluar dan menambahkan kuantiti air dengan sendirinya). Pasang api dan teruskan masukkan bahan2 yang dihiris termasuk daun kunyit, cili merah dan cili api (cili api tu masukkan bulat2 cam tu)..sebab kita tak nak pedas sangat..so budak2 pun boleh makan. Bila dan macam ala2 menggelegak, masukkan garam secukup rasa.Gula tu masukkan 1 sudu kecil je. Tunggulah sampai dia menggelak dan masak betul. Jangan lupa dikacau2 ye..

Senangkan..kalau nak gantikan ketam dengan lala juga boleh. Itu adalah sebagai ubat orang demam denggi. SELAMAT MENCUBA..

Resepi seterusnya selepas ini tauhu sumbat abang sayang

No comments:

Post a Comment