Saturday, May 30, 2009

Lala Masak Gumbira!!

Ramuan ini adalah untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak2..so pepandai le korang adjust..


Bahan2nya:
Lala- 1 kg
Serai-2 batang
Daun kunyit-2 helai
Bawang besar-1/2 biji
Bawang putih-2 ulas
Cili merah-2 biji
Cili api-10 biji
Halia-1 ketul (sebesar ibu jari)
Garam dan gula-secukup rasa


(Lala kasik basuh maaa..)

Cara2nya ialah:
Serai dibelah dua. Daun kunyit dikat, bawang besar, bawang kecil dan halia dihiris. Cili merah di belah tengah (terbelah 2). Masukkan lala dalam kuali dan letak air (1/4 dari kuali).(Air lala akan keluar dan menambahkan kuantiti air dengan sendirinya). Pasang api dan teruskan masukkan bahan2 yang dihiris termasuk daun kunyit, cili merah dan cili api (cili api tu masukkan bulat2 cam tu)..sebab kita tak nak pedas sangat..so budak2 pun boleh makan. Bila dan macam ala2 menggelegak, masukkan garam secukup rasa.Gula tu masukkan 1 sudu kecil je. Tunggulah sampai dia menggelak dan masak betul. Jangan lupa dikacau2 ye..

Senangkan..kalau nak gantikan ketam dengan lala juga boleh. Itu adalah sebagai ubat orang demam denggi. SELAMAT MENCUBA..

Resepi seterusnya selepas ini tauhu sumbat abang sayang

Saturday, May 23, 2009

Nasi Ayam Anakku Sayang

Ramuan ini adalah untuk 3 orang dewasa dan 3 orang kanak2

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil2)
Beras-2 pot (kalau guna beras siam atau beras wangi kurengg sedap)
Bawang besar- 2 biji
Bawang putih-12 biji
Halia- 1 ketul sebesar ibu jari orang dewasa
Bunga lawang- 4 kuntum
Bunga cengkih-4 kuntum
Kayu manis-2 batang
Buah pelaga-4 biji
Sup bunjut-1 bunjut (kalau suka boleh tambah rempah sup)
Daun pandan-2 helai
Cili api-segenggam
Kicap-setengah secawan
Cuka-sesudu
Gula pasir- 6 sudu besar
Sos tomato-setengah cawan
Sos cili-setengah cawan
Air masak -setengah cawan
Timun-1 biji
Tomato-1 biji
Daun Salad-suka hati nak banyak mana pun
Sos tiram-setengah cawan
Kunyit-3 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak
(pastu korang bersih2 kanle bahan2 tu ye, ayam tu potong kecik2 dan buang kulit serta lemaknya, bawang merah, bawang putih dan halia kasik ricih2, tomato dan timun)

Seterusnya cara2nyalah:

a: Masak nasi ayam

Kalau nak senang, ambil le ayam dalam 6 ketul masukkan dalam periuk yang telah berisi separuh air dan rebus. Pastu ambil periuk nasi letak kat atas dapur gas (pasang le api) letak minyak dalam 4-5 sudu. Bila minyak dah panas masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang telah diricih2, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan pelaga (separuh lagi simpan untuk buat sup tau). Tunggu hingga kekuningan. Sementara nak tunggu kekuningan tu, basuh le beras tadi dan toskan. Bila dah bahan2 tadi kekuningan, masukkan beras tadi tu dan masukkan juga 2 gelas/mug air rebusan ayam tadi bersama-sama dengan 2 helai daun panda. Pastu bila ala2 nak menggelegak angkat periuk tu dan letak kat atas dapur karen (rice cooker; jangan lupa on kan power), masukkan garam dalam 3 sudu kecil garam, kacau perlahan dan baca selawat serta surat Al-Insyirah, pastu tutup le periuk nasi ngan periuk nya..jenguk2 le periuk tu..kalau airnya dah macam kurang masukkan lagi air rebusan dalam 1 mug lagi..sampai le dah cukup masak..

b. Sup Ayam
Air rebusan tadi jangan dibuang yee..sekarang kita nak convert air rebusan tu jadi sup ayam yang sedap. Ambil kuali, panaskan dan masukkan minyak dalam 3-4 sudu besar. Gorengkan bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga yang berbaki tadi. Bila dah naik bau dan kekuningan masukkan semuanya termasuk minyaknya sekali dalam air rebusan. masukkan sup bunjut dan kalau nak lebih kau letak le dalam 1-2 sudu besar rempa sup. Pastu letak garam dalam 3-4 sudu besar. Tunggu sampai menggelegak dan rasalah..sedap tak?
c: Kuah sambal
Masukkan setengah cawan sos cili dan sos tomato, 3 biji bawang putih, 3 sudu gula dan sedikit air suam (pastikan yang dah masak yee). Pastu blend kan..Dah siap..wah senang niee

d: Kuah kicap
Sengenggam cili api, 3 biji bawang putih, kicap, cuka dan 3 sudu gula blendkan..dah siap
e:Ulam-ulaman: Tomato, timun dan daud salad tu hias2 kanlah..

f: Ayam goreng JLo
Ayam yang telah siap dipotong itu digaulkan sekali ngan sos tiram dan kunyit..tak payah letak garam sebab sos tiram da masin pun..pastu goreng..nyamm..nyamm..
Sekarang apa lagi..jemputlah tetamu makan..

SELAMAT MENCUBA!!
(Resepi seterusnya selepas ini ialah Lala Masak Gumbira!!)